Tuesday, October 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim....

Thanks to Him, aku masih lagi berkesempatan untuk terus berada di sini, Setelah pelbagai ujian demi ujian serta tomahan yang dikenakan kepada aku selama aku di Sini.

Memang penat selepas menepis dan menerima semua benda itu,tapi aku nak minta Maaf kepada semua rakan aku yang mungkin telah menghadapi suatu kehidupan yang lain daripada lain kerana aku,Betul tak Alimulfatah?. Bayangkan kerana suatu perbuatan aku serta manusia lain , boleh menyebabkan suatu perkara secara berubah drastik?Memang betul , kita dididik dengan "Takdir Tuhan","Jodoh","dah Rezeki" tapi,tahukan anda,kita sebenarnya mampu nak ubah diri kita sebenarnya serta melanggar "KONSEP-KONSEP" yang dididik oleh orang lama-lama dulu?.

Tak apa, aku akan cuba tulis "Kepercayaan" aku selepas beberapa kepastian perlu dibuat demi kebaikan diri aku sendiri dan orang lain, aku akan cuba untuk meluangkan masa sedikit waktu untuk aktif dalam mem"blog" nih,sebab maklumlah kan,SPM dah boleh kira pakai Saat wey,huhu.

Suatu kecil dahulu aku ada banyak cita-cita. Selalu Sahaja diri aku ni terbayang untuk jadi seorang Askar yang mempunyai pangkat untuk memiliki sebuah kompeni sendiri,begitu gagah serta penuh karisma untuk mengarahkan anak buahnya untuk melaksanakan suatu tugas,dah la gagah,berkarisma pulak tu,dah tu,jadi seseorang yang amat disenangi + amat menghiburkan.Insan yang mempunyai ciri-ciri sebegini mesti orang yang amat hebat ataupun lagi suka aku katakan,Born To Be A Leader .

Lalu apabila setiap hujung penggal persekolahan, lalu ruangan cita-cita pada report card aku akan terisi:-
Cita-cita 1: Askar
Cita-cita 2: Peguam

Cita-cita memang akan berubah mengikut kesukaan diri yang berubah-berubah pada watak yang didedahkan kepada diri aku. Ya, pendedahan watak secara langsung melalui kehidupan seharian atau secara tidak langsung melalui lakonan dekat TV memang mempengaruhi minda.

Jadi memang benarlah apa yang dikatakan, jika kita menunjukkan peranan dan tingkah laku yang baik pada orang sekeliling, maka mereka tidak pernah gagal dalam meneladaninya, lebih-lebih lagi kepada orang yang anda mempunyai pengaruh kuat ke atasnya seperti adik-adik ataupun anak-anak.

Jika kamu seorang yang ulat buku, anda akan dapati kecenderungan yang sama akan berlaku pada orang sekeliling anda. Ini lebih kuat kesannya kepada ahli keluarga yang terdekat. Jika anda seorang yang pembersih, kemas dan teratur, maka anda akan lihat mereka (adik-adik) akan cuba menjadikan kecomelan kita menjadi kecomelannya. Saya katakan atas dasar realiti dan pengalaman. Sebab mereka di bawah pengawalan kita, jadi 'aura' yang kita tempiaskan kepada mereka akan lebih bermakna.

Pulak dah. Dah main aura-aura dah. Cerita mana pula aku tengok ni...

Untuk abang atau kakak kita, aura nya kurang kuat sikit sebab sinaran ultra nya tidak begitu terasa kerana mereka sudah tidak di bawah penguasaan kita.

"Jadi memang benarlah, anak-anak mungkin gagal untuk mengikuti cakap ibu bapanya. Tetapi anak-anak tidak pernah gagal untuk meneladani tingkah laku mereka. Kerana otak manusia akan lebih terakam gambaran (perbuatan) berbanding percakapan. Maka sedikitkan arahan, perbanyakkan gambaran (perbuatan) yang baik. Itulah sebaik-baik asas dalam pendidikan anak-anak. Jika tiada anak, adik pun boleh".

Kenapa cita-cita nombor 2 nak jadi saintis?

Pendidikan awal yang aku terima adalah seawal usia 4 tahun seingat aku. aku telah didaftarkan ke Tadika Abim sebelah makamah Syariah Segamat . Kat sanalah aku diajar al-quran, hadis, fiqh, sirah dan lain-lain. Kebanyakkan pelajaran berbentuk Islamiah. Sesuai lah dengan usia 'tua' aku pada waktu itu dan memang mujarab,sampai sekarang orang panggil aku atok,. Apabila diberi hadis, hafal,hadis dia cotet2 je,tapi ye la..kecil lagi masa itu,kalau tak dapat hafal,sama ada kena piat manja-manja dengan para Ummi ataupun kena baca satu muka surat Al-Quran.

"Ustaz Keluarga", cakap ayah kepada aku yang sewaktu itu telah menjangkau umur 9-10 tahun.

Ayah bukanlah seorang yang memaksa anak-anaknya untuk menjadi itu dan ini. Ayah aku seorang yang amat tegas dengan disiplin,menghargai apa yang dia ada,redha dengan segala ujian yang dia terima,Mungkin ini menampakkan dia seorang yang amat-amat garang,tapi hakikatnya,ayah aku seorang yang simple dan sporting,
And That's Why,Walaupun aku selalu kena marah,kena basuh,kena lagu. Aku tetap diam dan redha(walaupun selalu melawan gak secara diam-diam ), Aku tetap sayang aku dan aku dapat rasakan ayah aku la orang aku paling aku sayang sekali dalam hidup aku.

"Anak-anak ayah nak kerja apa, ayah tak kisah. Asalkan dapat bina kehidupan bila dah besar nanti, cukuplah. Tak ada apa-apa yang lain yang abah harapkan,Tapi,apa yang ayah harapkan,ayah dapat hasilkan anak yang berjaya dan soleh",lebih kurang camtu la kata-kata ayah aku setiap kali aku berbual secara berdua-duaan kat dalam kereta sewaktu driving di mana-mana.

Kata-kata ayah aku untuk memberi kebebasan untuk menuju ke arah apa sahaja yang aku mahukan menyebabkan aku terfikir pada waktu umur aku itu,apa yang aku mahukan dalam masa 10-20 tahun akan datang.To Be Truth,aku banyak dipengaruhi dengan Figure-Figure orang yang mempunyai sejarah hidup yang hebat iaitu " From Zero To Hero",Contohnya, Dr.Mahathir, Adolf Hitler, Napoleon Bonaparte, Mohd Azami Bin Othman(ayah aku tu!), Dick Winter, Rosli Dhobi, John Adam and many more. Kebanyakkan diorang semuanya backgroupnya adalah berdasarkan ketenteraan, tetapi yang membuatkan aku kagum kepada mereka ini bukanlah kehebatan mereka untuk membunuh atau menembak,tetapi kepada kehebatan mereka untuk berkata-kata perkara yang hebat untuk bertujuan membela hak seorang manusia dan bangsanya sendiri.

Oleh itu, tertanyalah kepada diri aku sendiri, apakah pekerjaan yang mampu menajamkan kemahiran untuk berkata-kata sebab aku tahu kerana aku ni mudah gugup serta mudah "goyang" kalau dibidas,harap badan besor,hampeh tui..maka Peguam la jawapan yang aku jumpa,semua ini sebab ada kat HBO tu,Cite pasal John Adams, seorang Lawyer yang naik namanya selepas mempertahankan sekumpulan orang Amerika yang kononnya menembak/menghukum sekumpulan Askar British.

"Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang,".

Dipendekkan cerita, aku saya ditawarkan untuk memasuki SUKSES pada 2007.Pada asalnya,memang ada niat untuk masuk MCKK or KYSM,tetapi ada sebab tertentu,tidak dapat la ke sana kerana disebabkan ujian Dia kepada aku. Di sini aku meneruskan kehidupan awal remaja saya sehinggalah saya menamatkan SPM.walaupun secara hakikatnya,aku banyak meluangkan masa di hospital berbanding rumah or sekolah.

Maka, sebenarnya kat sinilah ye fokus utama terhadapa apa yang aku hendak ceritakan buat perkongsian bersama. Setelah mendapat keputusan SPM, aku menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke oversea kalau boleh nak pergi ke Alexandria sebab aku suka dengan pemandangan laut sana,tetapi kurang mendapat galakan daripada ayah aku kerana tragedi Mesir yang terpaksa mengangkut ramai pelajar - pelajar Foreign di sana ke tanah air masing - masing, Jiwa muda membakar membara untuk menghirup pengalaman di negara orang. Cita-cita yang bersinar bak umpama kilauan bintang yang sinarnya begitu indah di pandang mata seindah impian cita-cita yang ditanam dalam hati untuk memilikinya.Bila masa pulak aku pandai buat ayat camni..biasalah ye..tulis-tulis syok sendiri..



"Memang sesuatu perkara yang kita sangat idamkan kadang-kala kita gagal mendapatkannya walaupun telah berhempas pulas kita berusaha mendapatkannya. Kita pasti berasa sedih dan hampa. Tetapi ingatlah, sebenarnya 'kehampaan' yang diberikan Allah kepada kita itulah sebenarnya kurniaan buat kita. Kurniaan yang didatangkan dalam bentuk kehampaan. Ia hanya akan disedari oleh orang yang mahu merungkaikan hikmah disebaliknya".

Kadang-kadang kita selalu terfikir apakah hikmah disebalik kejadian yang menimpa. Kita berfikir berkali-kali tetapi gagal merungkaikan hikmahnya. Kita gagal merungkaikannya kerana tabiat 'hikmah' itu sendiri kadang-kala mengambil masa untuk kita memahaminya. Ia datang secara berperingkat dan beratur. Itulah kebijaksaan si Pengaturnya. Dia datangkan sedikit demi sedikit untuk kita perlahan-perlahan meneguk satu persatu butiran mutiara yang disimpan untuk kita supaya nikmat yang disimpan itu akan lebih terasa.



Aku bersyukur terhadap segala apa yang ditakdirkan dalam hidup aku. Aku bersyukur terhadap segala apa yang Dia kurniakan kepada aku. Mungkin aku tidak mempunyai kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi sekurang-kurangnya aku ingin dan begitu tekad untuk menjadi seorang Peguam yang berjasa kepada Agama,Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment